Sekarang ni jarang nak jumpa golongan gadis hebat skill memasaknya. Yang tanak nasi terlebih air lalu menjadi bubur satu hal. Yang goreng ikan sampai hangit tercabut cabut kulit ikan (aku la tu) hehehe...dah satu hal lagi.
Lagi kalau hiris bawang sampai meleleh air mata dan hidung sampai dikata tak pernah masuk dapur. T_T Tu yang basic. Belum lagi disuruh buat laksa utara ke kuih talam ke takpun rendang ayam. Mesti confirm kena reject dengan bakal mak mertua. Kalau dah kahwin pun mesti mak mertua bilang, 'masa bujang tak nak belajar dah kahwin menyusahkan aku'. Iye ke macam tu? Ke perasaan aku sebagai wanita yang belum berumah tangga je yang macam tu?
Tapi aku rasa lumrah la kalau masak tu macam tak berapa nak expert. Biasalah zaman sekarang ni. Mana nak belajar pasal subjek subjek akademik. Nak belajar memandu. Nak belajar agama. Nak belajar menjahit lagi..ishh. Memang tak mampu la nak buat dalam satu masa sementelah masa itu amat suntuk. (ayat nak sedapkan hati)..
Tapi bila duduk rumah ni memang kerja aku memasak sambil dipantau chef emak yang begitu banyak pantang larang segala. Nak masak asam pedas kau kena tumis cili tu sampai garing sambil sambil tu muka kau pun boleh lah distim kan oleh wap dan minyak hasil tumisan itu. Nak masak bubur kena potong gula melaka kecil kecil pakai parang tu padahal boleh je sumbat gula melaka tu dalam bubur sebab ia akan cair. Goreng sayur wajib letak ikin bilis (malas nak kopek) dan cili bagi berseri sikit sayur tu padahal bukan ada petandingan sayur terberseri pun. Kalau tak ada lesung dalam rumah memang kau bukan orang Melayu. Wajib tu pakai lesung yang sampai boleh terpercik percik kat mata hidung malahan ke lantai.
Oh lagi satu. Menyanyi di lokasi memasak adalah dilarang lagi lagi kalau kau sedang memasak bersama veteran yang mungkin akan sumpah kau tak kahwin seumur hidup. Wuarghhh! Kelmarin tengok chanel AFC. Rancangan French Food At Home tu. Alamak.. gila senang kau masak tak payah nak langgar pantang larang. Sambil membebel pun kau dah siap masak tak payah nak tumbuk pakai lesung bagai. Owh sekarang ni aku tengah gila kat French food lepas tengok movie Julie & Julia. Lepas tengok macam membara gila semangat nak belajar memasak. bon appetit!!
Rasa seperti mahu membina blog khas tentang masak masak. Mungkin boleh letak tajuk 365 HARI: MARI MEMASAK BERSAMA DAYA Blah lah Macam kan lah kau ni seorang wanita Perancis yang gigih belajar memasak tanpa jemu. Tak sedar diri Melayu. Mak suruh goreng sayur pun malas -_-"
thanks sebab baca :)
actually aku tgh blaja masak pon loni ok...nati kalu aku rajin akan update apa yg aku pndai masok tuh...ngeeegeeeee
haaaaa...nie gambar time aku amik subjek ERT..hmmm tibo2 rindu Puan Maizon....miss this moment so much.
lupo doh masok gapo..hehehe..laaaayaaaaann...