Bila aku sedar : Lelaki Serius Dalam Percintaan
(Teladan Dalam Hidup)
Kecantikan kita diketepikan…keikhlasan kita diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpaun diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kita…(Menyesalnya aku Ya Allah...)
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan...(Aku telah lukakan hati dia...Ya Allah...)
Tidakkah kita terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kita. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buat kita...(Aku amat terharu & sgt menyesal..Ya Allah...)
Sentiasa menghiburkan hati kita dikala gundah…
(Sangat besar pengorbanan dia...Ya Allah..kenapa aku buta untuk menilai semua sebelum ni)
Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kita.. .Jangan kita anggap teman lelaki kita seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kita nasihat...
(Aku baru sedar nasihat dia selama ini amat berguna)
Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kita fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelaki kita menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kita.Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kita dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja...(Subhanallah....Maha Suci Allah..)
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kita bersikap acuh tidak acuh.
Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kita boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain...(Aku telah bnyak melukakan hatinya Ya Allah..)
Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kita... Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelaki kita berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kita...
Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kita sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya..(Aku akan usaha untuk menghargainya sampai bila-bila...)
Kita hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantu kita adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kita susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu...(Ya...aku tidak menafikan bila ada masalah dia yang solvekan problem aku...Ya Allah...)
Sekiranya teman lelaki kita sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kita kepadanya menjadi luntur...(Banyak sgt...tapi kadang2 aku jawab acuh xacuh..)
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kita ingat diri kita sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kita memakai seksi…kerna tidak suka kita diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…(Ya...Allah...sesungguhnya dia adalah sempurna utk diriku yang hina ini....)
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya....
Dia tidak suka kita keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kita… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...(Baru aku sedar....)
Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...
(Ya Allah.....Aku bersyukur pada-Mu kerana memberi peluang untuk aku menebus segala dosa-dosaku yg lampau....aku merasakan diri aku amat kedil sekali di sisimu...Dia telah memberi aku peluang dgn pertolongan dari Mu Ya Allah....Alhamdulillah......Alhamdulillah.....Alhamdulillah....Aku hanya mampu mengadu dgn mu Ya Allah....Sebelum ini aku alpa dgn suruhan Mu Ya Allah...Mulai saat lembaran hidup baru...aku akan lebih menghargai dia di sisiku..Ya Allah kau satukanlah kami dgn restu keluarga kami...Aaaaaaamin....)
P/S: Jujur,Ikhlas, Setia...perlu ada dalam diri...(jangan biarkan diri kita dihasut syaitan)
(Kepada MTMR...aku akan menghargai dirimu smpai bila-bila...Terima kasih atas segalanya...Aishiteru...)