Sila klik2 kat iklan nuffnang neh...tqvm

Saturday, December 3, 2011

Bila aku sedar : Lelaki Serius Dalam Percintaan

(Teladan Dalam Hidup)


Kecantikan kita diketepikan…keikhlasan kita diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpaun diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kita(Menyesalnya aku Ya Allah...)
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan...(Aku telah lukakan hati dia...Ya Allah...)

Tidakkah kita terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kita. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buat kita...(Aku amat terharu & sgt menyesal..Ya Allah...)

Sentiasa menghiburkan hati kita dikala gundah…

(Sangat besar pengorbanan dia...Ya Allah..kenapa aku buta untuk menilai semua sebelum ni)


Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kita.. .Jangan kita anggap teman lelaki kita seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kita nasihat...

(Aku baru sedar nasihat dia selama ini amat berguna)


Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kita fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelaki kita menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kita.Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kita dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja...(Subhanallah....Maha Suci Allah..)
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kita bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kita boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain...(Aku telah bnyak melukakan hatinya Ya Allah..)

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kita... Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelaki kita berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kita...

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kita sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya..(Aku akan usaha untuk menghargainya sampai bila-bila...)

Kita hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantu kita adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kita susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu...(Ya...aku tidak menafikan bila ada masalah dia yang solvekan problem aku...Ya Allah...)

Sekiranya teman lelaki kita sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kita kepadanya menjadi luntur...
(Banyak sgt...tapi kadang2 aku jawab acuh xacuh..)


Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kita ingat diri kita sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kita memakai seksi…kerna tidak suka kita diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…
(Ya...Allah...sesungguhnya dia adalah sempurna utk diriku yang hina ini....)


Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya....

Dia tidak suka kita keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kita… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...(Baru aku sedar....)

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...

PELUANG UTK AKU BERUBAH????
(Ya Allah.....Aku bersyukur pada-Mu kerana memberi peluang untuk aku menebus segala dosa-dosaku yg lampau....aku merasakan diri aku amat kedil sekali di sisimu...Dia telah memberi aku peluang dgn pertolongan dari Mu Ya Allah....Alhamdulillah......Alhamdulillah.....Alhamdulillah....Aku hanya mampu mengadu dgn mu Ya Allah....Sebelum ini aku alpa dgn suruhan Mu Ya Allah...Mulai saat lembaran hidup baru...aku akan lebih menghargai dia di sisiku..Ya Allah kau satukanlah kami dgn restu keluarga kami...Aaaaaaamin....)
 
P/S: Jujur,Ikhlas, Setia...perlu ada dalam diri...(jangan biarkan diri kita dihasut syaitan) 
(Kepada MTMR...aku akan menghargai dirimu smpai bila-bila...Terima kasih atas segalanya...Aishiteru...)


Thursday, December 1, 2011

untuk norhidaya bt rawi

kalu saya larang awak buat jgk..lau saya marah awak merajuk..lau saya setia awak curang..lau saya jujur awak bohong..xpelah lau awak suka yg berlawanan dengan saya..saya berharap lau saya pergi awak jgn ikut, sbb saya munkin pergi jauh. dan saya harap awak xnangis yer-mohd taufiq

Monday, October 31, 2011

KeTeRuJaaN pERgI PeNaNg!!! ++++++TEST ISM....(DUGAAN....)
haaaaaaa....try teka mana tempat saya & kawan2 nk pergi esok..

jeeng.......jeeeeeeeeeeng......!!!!


DAY 1 : USM LIBRARY
DAY 2: PUBLIC LIBRARY PENANG...

TEMPAT TINGGAL: ANGGERIK LODGING

MASA2 LAIN:Jejalaan leeeeeer..ape lg...


Hope smoga smuanya berjalan dgn lancar...aaaaaaamin...doakan kami yeee....



org2 di dlm pic atas adalah sebahagian nyaa yg akn mengikuti rombongan esok...


tapi Sedih sbb ade beberape kawan kami xboleh ikut....

nak tau NAPE??

Mana boleh gtau...RAHSIAA....heeeeeheeeee..pullstop...


p/s:Kami berharap akan mendapat ilmu merantau ke tempat orang..teeeett...
       Kami jugaakan membuat lawatan sambil menyelam sambil minum air ok....
last but not least....;p











Wednesday, October 26, 2011

ENCIK PRINTER MP145

Dah lama aku cari solution utk ENCIK PRINTER MP145 aku nehhh..


tulaaaa manjo sgt mcm tuan die kaaaaamm...ekekkekeke...


TODAY is my L.U.C.K.Y day!!!Alhamdulillah....

aku jumpa 1 blog yg boleh setel wpun ckit masalah aku...

nak tau x...CMNE NAK SETEL PROBLEM UTK PRINTER MP145..
ok jom ikut saya...g mana??(baca jelaa kat bawah neh..xde g mane2 pon..hihi)


Printer model ini akan tunjuk kod error kt ruang LED kalau ada problem. Printer model dalam mood bersedia kalau kod dia 1.
Rujuk - korang bole tgop kat Error Code Printer Canon MP145


Masalah yang pernah aku hadapi dengan printer ini (serta solutionnya);

E2-2 = Out of paper (ASF)
  • Reload kertas dalam Auto Sheet Feeder dan tekan BLACK atau COLOR.
E3-3 = Paper jam
  • Maybe tersekat, alihkan kertas, letak kertas betul2 kat printer dan tekan BLACK atau COLOR
E4 = Ink has run out
  • Jika proses printing sedang berlangsung dan korang nak teruskan print, tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan walaupun ink dah nak habis. Fungsi untuk detect ink akan disabled.
E5-5 = The FINE Cartridge cannot be recognized.
  • Sebab???
  1. Cartridge tak dipasang dengan betul - Buka cartridge dari printer, pastu pasang balik. Kalau LED masih tunjuk code E5-5, buat berulang kali sampai code dia 1(bersedia)
  2. Cartridge tak compatible dengan printer - Tukar cartridge baru
  3. Limpahan ink (printer x boleh detect cip cartridge yang dicemari ink) - Cuba bersihkan lebihan ink(tapi hati2 ye sebab cip cartridge terlalu sensitif dan kene bersihkan dengan tisu atau kain khas)
E7 = FINE Cartridge is not installed in the correct position
  • (sama dengan solution E5-5)
E8 = Ink absorber is almost full
  • Tula, rajin sangat dok menyedut ink sampai tak ingat ink dah nak penuh(boleh menyebabkan limpahan)
  • Tekan BLACK atau COLOR untuk teruskan print
E15 = Ink cartridge is not installed
  • (sama dengan solution E5-5)
E16 = Ink remaining is unknown (cannot be detected)
  • Tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan Fungsi untuk detect ink akan disabled.
E27 = Waste ink absorber full or platen waste ink absorber full
  • Error yang ni buat kepala aku serabut. Selepas aku google cari solution, rupa2nya kita kene Reset printer. Ini stepnya;
  1. Matikan printer(pastikan kabel power masih terpasang), tekan dan tahan tombol STOP/RESET lalu tekan dan tahan tombol ON/OFF dan lepas STOP/RESET,
  2. kemudian tekan tombol STOP/RESET 2x
  3. Lepaskan kedua-dua tombol, sekarang printer dalam posisi SERVICE MODE (pada LED printer muncul angka"0")
  4. Setelah lampu ON/OFF berwarna hijau, tekan tombol STOP/RESET 4x (Waste ink counter reset)
  5. Matikan printer dan cabut kabel POWER.
  6. Hidupkan kembali printer
Jika masalah printer masih berlarutan, sila sediakan beberapa helai duit untuk membaiki printer di kedai.
Encik Printer ni kawan saya yang kenalkan....

p/s:  Minta maaf kalau ade salah silap...SHARING IS CARING...

aku dapatkan info neh kat:

haaaaaaaaa.....nielaaa die blog tuh...Thanks  a lot kpd tuan punye blog tuh share something neh..
(kite senasib kan sbb printer kita gune adalah sama jenis)

so sekarang aku jd PRINTERNER...kikiii

tapi kan aku sebenarnya tengah bz buat assignment yg bertimbun sebelum balik utk raya haji mggu depan..
(SEMPAT LAGI YE DAYA???)

sempat xsempat lain kire yg penting aku kena "SIHATKAN" my Encik Printer sebelum asgment bertambah..


Low Budget LORR!!

aaasihh....(STOP DULU..xbaik melewat2kan sembahyang tau!...)

teeeeeeeett...............................................................................................teeett...


Monday, October 17, 2011

TEST OWWHH TEST!!!!





Ari nie 17/10/2011 first test utk sem 6 neh..hmmmm.....(kul 8.15-10.15am..)

study laaaa kononya study digital library smale...

nie ado maso brapo minit lg nk abis test...

aku kebuntuan nk jwb n hurai apo yg patut


dussshhhhh!!!!

DAYA...DAYA...!!!

mung kabar dop...



yeeeee..sayo kabarlaaa.....
.......................................................................................................................


actually

saya dh siap jawab smua soalan dgn penuh hemah...

hehhehe...

cumo xtau lah betul dop jawapang yee kang...

pepun all the best for me n saing2 hok lain...


(macam2 muko emosional dlm kelas nih..termasuk aku...)

susoh ke senang?????

ado yg susoh ado yg senang....

hmm..insyaallah...doakan kami semua....


(mood:bertanya antara 1 sama lain....sesat jale kalu dop tanye..ke guano??hehee)



Tuesday, October 11, 2011

HUKUM BERGADUH/TIDAK BERTEGUR SAPA SESAMA MANUSIA

Smale lepas AKU BALIK KELAS aku ada menonton rancangan "Semanis Kurma" kat tv9..Dan daripada situ aku baru tau something yang agak dipandang remeh oleh kita sedangkan dosa yang ditanggung adalah berat. Yes aku baru tahu dan sebenarnya dh lama aku tau tapi hari ni baru berpeluang aku share kat blog ni :)





Korang pernah dengar tak kalau kita tak bercakap sesama manusia lebih dari 3 hari, Allah takkan terima amalan kita? Nauzubillah..berat nya dosa kita kena tanggung. Tapi kenapa 3 hari? Bukan 5 hari ke 6 hari? Ok, ni jawapannya..





Semua amalan amalan kebajikan anak keturunan adam itu kesemuanya akan diangkat ke langit pada setiap hari isnin dan khamis , maka allah subhanallahu ta'ala akan menerima kesemuanya sekiranya tiada melakukan syirik kepadanya kecuali amalan dua orang yang tidak bertegur sapa atau bertelingkah lebih dari tiga hari maka amalannya yakni kedua dua mereka itu tidak akan diangkat oleh allah sehingga mereka berbaik semula (hadis riwayat imam muslim radiallahu anha)



Sumber : http://alhishamz.blogspot.com/2011/01/sabda-nabi-muhammad-saw.html




Dan aku teruskan pencarian tentang ilmu baru yang aku dapat dalam google.. dan ada beberapa hadis jugak yang menyatakan tentang hubungan silaturrahim yang terputus ni.



Nabi menyebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )


Sumber :http://mahatera.blogspot.com/2011/09/memutuskan-silaturrahim.html




Dan ini pula akibatnya kalau kita mati tanpa kita sambungkan silaturrahim yang terputus..





"Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,”



” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.





Sumber : http://khairulaznan.wordpress.com/2011/04/16/tujuh-perkara-ganjil/




MasyaALLAH

..berat kan dosa yang kita kena tanggung? Aku sendiri pun tak lari dari melakukan kesipalan begini..tapi kita cuba lah untuk berubah. Semoga hadis-hadis yang disebut ini boleh menyedarkan kita dan membuka minda kita untuk kembali menyatukan silaturrahim yang terputus sesama saudara kita. Amalan baik yang kita buat tidak akan dikira sehingga lah kita bercakap semula dengan orang yang kita tak bercakap tu...Jauhkanlah kita termasuk dalam golongan begini. Aminnn..



p/s: ilmu yang bermanfaat kita patut kongsi. :)



I'm try my best!


Saya akan buat terbaik untuk awak..

Walaupun kita jauh tapi dekat di hati..

"Semanis Kurma"

Pahala adalah 'DUIT' di hari akhirat...

Saya mahu jadi 'Isteri' ibarat BIDADARI utk awak...

"Semanis Kurma"

D-DOA

    U-USAHA

       I-IKHTIAR

         T-TAWAKAL

Insyaallah..samalah kita doakan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita..

Thursday, September 29, 2011

Aku Alpa Ya Allah...

AKU ALPA YA ALLAH...AMPUNKANLAH DOSAKU...






Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

 aku lalai dgn keseronokan dunia

tapi kenapa???

SYAITAN DURJANA menghasutku???

aku melewat-lewatkan waktu sembahyang....

membuka auratku di khalayak ramai...

menyakiti hati nenek ku, mek ku &  abahku+adik-beradik ku....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

aku mohon padamu Ya Allah... 

Terimalah Taubat ku.... 

Agar aku dapat membetulkan segala khilafku..Aaaamin...

AKU INSAN YG AMAT KERDIL


Wednesday, September 28, 2011

I need u!

I NEED U ABAH+MEK FOR THIS TIME(reaally2 need)







adik sunyi sgt....

Sunday, September 25, 2011

So Happy Together

So happy Together...with u..MTMR...

xleh tdo update blog...
tibo2 nk dgr lagu nie..miss u so much b...

 so sweet...



  or


silent



or




radio kesayangan hamba

.: Www.FrenzyFm.My :.
di bawah sekali yee... 





then...enjoy it....PLAY THIS SONG...

.........aishiteru hubby.......









Wednesday, September 21, 2011

Penyakit Tidor & Malas

BAGAIMANA SEORANG PELAJAR MENGATASI PENYAKIT TIDUR DAN MALAS



Penyakit mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar. Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas. Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:

1: Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula. Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran. “ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”


2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama Apabila kamu terasa mengatuk dan malas,kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur. Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh,kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku. Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang mempertahankan agama dan umat ini,dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.

3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu. Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan. Berkata seorang ulama “ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tida merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”. Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.

4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin Di antara ubat yang paling mujararab seklai kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah. Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama “ Duduklah dengan seseorang,kamu akan jadi sebangsa dengannya”. Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.

5: Berdoa Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah Taalaagar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajar اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال Ulanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah. Muda-mudahan tulisan ini memberi menfaat kepada saya dan pembaca. Amin


SELAMAT MENCUBA!!!

Cinta

CINTA



''jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum, jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu, jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan, jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih, tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!! 
Moga ditemukan dengan CINTA itu . Amin..


SEMOGA ALLAH KEKALKAN JODOH UTK MTMR & NR...


Monday, July 11, 2011

Sebab Gadis Sekarang Malas Masak :)

Sebab Gadis Sekarang Malas Masak :)




Sekarang ni jarang nak jumpa golongan gadis hebat skill memasaknya. Yang tanak nasi terlebih air lalu menjadi bubur satu hal. Yang goreng ikan sampai hangit tercabut cabut kulit ikan (aku la tu) hehehe...dah satu hal lagi. 

Lagi kalau hiris bawang sampai meleleh air mata dan hidung sampai dikata tak pernah masuk dapur. T_T Tu yang basic. Belum lagi disuruh buat laksa utara ke kuih talam ke takpun rendang ayam. Mesti confirm kena reject dengan bakal mak mertua. Kalau dah kahwin pun mesti mak mertua bilang, 'masa bujang tak nak belajar dah kahwin menyusahkan aku'. Iye ke macam tu? Ke perasaan aku sebagai wanita yang belum berumah tangga je yang macam tu? 

Tapi aku rasa lumrah la kalau masak tu macam tak berapa nak expert. Biasalah zaman sekarang ni. Mana nak belajar pasal subjek subjek akademik. Nak belajar memandu. Nak belajar agama. Nak belajar menjahit lagi..ishh. Memang tak mampu la nak buat dalam satu masa sementelah masa itu amat suntuk. (ayat nak sedapkan hati)..

Tapi bila duduk rumah ni memang kerja aku memasak sambil dipantau chef emak yang begitu banyak pantang larang segala. Nak masak asam pedas kau kena tumis cili tu sampai garing sambil sambil tu muka kau pun boleh lah distim kan oleh wap dan minyak hasil tumisan itu. Nak masak bubur kena potong gula melaka kecil kecil pakai parang tu padahal boleh je sumbat gula melaka tu dalam bubur sebab ia akan cair. Goreng sayur wajib letak ikin bilis (malas nak kopek) dan cili bagi berseri sikit sayur tu padahal bukan ada petandingan sayur terberseri pun. Kalau tak ada lesung dalam rumah memang kau bukan orang Melayu. Wajib tu pakai lesung yang sampai boleh terpercik percik kat mata hidung malahan ke lantai. 

Oh lagi satu. Menyanyi di lokasi memasak adalah dilarang lagi lagi kalau kau sedang memasak bersama veteran yang mungkin akan sumpah kau tak kahwin seumur hidup. Wuarghhh! Kelmarin tengok chanel AFC. Rancangan French Food At Home tu. Alamak.. gila senang kau masak tak payah nak langgar pantang larang. Sambil membebel pun kau dah siap masak tak payah nak tumbuk pakai lesung bagai. Owh sekarang ni aku tengah gila kat French food lepas tengok movie Julie & Julia. Lepas tengok macam membara gila semangat nak belajar memasak. bon appetit!! 

Rasa seperti mahu membina blog khas tentang masak masak. Mungkin boleh letak tajuk 365 HARI: MARI MEMASAK BERSAMA DAYA Blah lah Macam kan lah kau ni seorang wanita Perancis yang gigih belajar memasak tanpa jemu. Tak sedar diri Melayu. Mak suruh goreng sayur pun malas -_-" 

thanks sebab baca :)

actually aku tgh blaja masak pon loni ok...nati kalu aku rajin akan update apa yg aku pndai masok tuh...ngeeegeeeee

haaaaa...nie gambar time aku amik subjek ERT..hmmm tibo2 rindu Puan Maizon....miss this moment so much.


lupo doh masok gapo..hehehe..laaaayaaaaann...

Saturday, July 2, 2011

Muhasabah diri....

Muhasabah diri.... 

♥ Sesuatu yang baik belum tentu benar 
♥ Sesuatu yang benar belum tentu baik 
♥ Sesuatu yang bagus belum tentu berharga 
♥ Sesuatu yang berharga/berguna belum tentu bagus 
♥ Jika kita tidak bisa menjadi orang yang pandai ...
♥ Jadilah orang yang baik ♥ Jika kita berbuat baik,kebaikan pula yang akan kita terima kelak ♥ ....................................................................................................................... 

✿ Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN 
✿ Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN 
✿ Ketika hatimu terluka sangat dalam, saat itu kau sedang belajar MEMAAFKAN
✿ Ketika kau merasa sepi & sendiri, saat itu kau sedang belajar KETANGGUHAN
•♥• BELAJARLAH DAN TERUS BELAJAR •♥• ...................................................................................................................... 

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI 
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI 
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI 
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU ... 
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA 
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA 
★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★


rintihan hati di kala sunyi.....

Friday, February 4, 2011

Khadijah Srikandi Kesayangan Rasulullah

Khadijah Srikandi Kesayangan Rasulullah



Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah [B]rahsia besar yang tidak boleh diceritakan[/B] kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan [B]sibuk menceritakan hal keluarga[/B] termasuk bersifat peribadi dan rahsia.

Siti Khadijah [B]meminta izin kepada suaminya[/B] untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh [B]memburukkan lagi keadaan antara suami isteri[/B] yang bermasalah tadi.

Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail [B]hanya kepada orang yang layak[/B] dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah:

  1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
  2. Tidak terburu-buru dan panik.
  3. Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
  4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
  5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
  6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
  7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.

[B]Menjejaki Jejak  Khadijah[/B]

Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan daripada kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita, iaitu Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Kedua wanita itu [B]berdiri di belakang dakwah Islamiah[/B], mendukung dan bekerja keras dalam menyampaikan Islam. Oleh disebabkan itu, Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Dia adalah [I]Ummul Mukminin[/I], sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.

Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah [B]wanita pertama yang beriman[/B] kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Allah. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga.

[B]Peri hidupnya harum[/B], kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."

Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, walhal di hadapan kita ada wanita terbaik di dunia, Khadijah binti Khuwailid, [I]Ummul Mukminin[/I] yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan pendiriannya serta membenarkannya. Khadijah [B]mendahului semua orang dalam beriman kepada Allah[/B], dan membantu baginda serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga.

Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang  tidak ada kepayahan.

[I](Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")[/I]

Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia [B]berdiri di belakang  suami [/B]dan nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi [B]teladan tertinggi bagi para wanita[/B].

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta [I]Khulafa' Rasyidin[/I]. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat  pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung dakwah selepas itu. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan [B]nikmat Allah[/B]
[B]yang besar[/B] bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama  seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu yang susah, membantunya dalam menyampaikan al-Quran, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya [B]dengan jiwa dan hartanya[/B].

Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."

[I](Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)[/I]

Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?" Khadijah berkata, "Tiada apa-apa lagi, [B]jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah[/B]." [I]Subhanallah[/I]... sungguh hebat perjuangan para sahabat baginda dan [I]Ummul Mukminin[/I] untuk memperjuangankan  Islam. [B]Adakah kita sanggup berkorban seperti mereka pada masa kini?[/B] Renung-renungkan...

Kisah Air Mata

Kisah Air Mata


Dingin subuh seakan-akan menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.

Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.

Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar." Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

[I]"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".[/I]

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan di Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan lalai kan? Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. "[B]Hati manusia ibarat besi[/B]. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya".

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa.

Ya Allah,

Bimbinglah aku ke arah agamaMu,

Dekatkah hatiku padaMu,

Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,

Berilah aku kasih sayangMu,

Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Amin.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.

Monday, January 31, 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu




Di Saat Aku Menyintaimu


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta......


(By Dadali)