Sila klik2 kat iklan nuffnang neh...tqvm

Tuesday, October 11, 2011

HUKUM BERGADUH/TIDAK BERTEGUR SAPA SESAMA MANUSIA

Smale lepas AKU BALIK KELAS aku ada menonton rancangan "Semanis Kurma" kat tv9..Dan daripada situ aku baru tau something yang agak dipandang remeh oleh kita sedangkan dosa yang ditanggung adalah berat. Yes aku baru tahu dan sebenarnya dh lama aku tau tapi hari ni baru berpeluang aku share kat blog ni :)





Korang pernah dengar tak kalau kita tak bercakap sesama manusia lebih dari 3 hari, Allah takkan terima amalan kita? Nauzubillah..berat nya dosa kita kena tanggung. Tapi kenapa 3 hari? Bukan 5 hari ke 6 hari? Ok, ni jawapannya..





Semua amalan amalan kebajikan anak keturunan adam itu kesemuanya akan diangkat ke langit pada setiap hari isnin dan khamis , maka allah subhanallahu ta'ala akan menerima kesemuanya sekiranya tiada melakukan syirik kepadanya kecuali amalan dua orang yang tidak bertegur sapa atau bertelingkah lebih dari tiga hari maka amalannya yakni kedua dua mereka itu tidak akan diangkat oleh allah sehingga mereka berbaik semula (hadis riwayat imam muslim radiallahu anha)



Sumber : http://alhishamz.blogspot.com/2011/01/sabda-nabi-muhammad-saw.html




Dan aku teruskan pencarian tentang ilmu baru yang aku dapat dalam google.. dan ada beberapa hadis jugak yang menyatakan tentang hubungan silaturrahim yang terputus ni.



Nabi menyebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )


Sumber :http://mahatera.blogspot.com/2011/09/memutuskan-silaturrahim.html




Dan ini pula akibatnya kalau kita mati tanpa kita sambungkan silaturrahim yang terputus..





"Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,”



” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.





Sumber : http://khairulaznan.wordpress.com/2011/04/16/tujuh-perkara-ganjil/




MasyaALLAH

..berat kan dosa yang kita kena tanggung? Aku sendiri pun tak lari dari melakukan kesipalan begini..tapi kita cuba lah untuk berubah. Semoga hadis-hadis yang disebut ini boleh menyedarkan kita dan membuka minda kita untuk kembali menyatukan silaturrahim yang terputus sesama saudara kita. Amalan baik yang kita buat tidak akan dikira sehingga lah kita bercakap semula dengan orang yang kita tak bercakap tu...Jauhkanlah kita termasuk dalam golongan begini. Aminnn..



p/s: ilmu yang bermanfaat kita patut kongsi. :)