Sila klik2 kat iklan nuffnang neh...tqvm

Saturday, November 27, 2010

9 jenis anak syaitan =="

9 jenis anak syaitan =="

1. Zalituun – Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin – Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan – Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf – Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah – Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud – Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan danapa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) – Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus – Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari..

 

No comments:

Post a Comment