Sila klik2 kat iklan nuffnang neh...tqvm

Saturday, November 27, 2010

JANGAN MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN YEEE..

JANGAN MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN YEEE..

Wahai suami, ingat lah...
Isteri yang kamu nikahi:
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman


Lantaran itu...
Jika isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Jika isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Jika isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Jika isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya


Wahai isteri, ingatlah...
Suami yang menikahi kamu:Tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apa lagi setampan Yusuf
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman


Lantaran itu...Jika suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Jika suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Jika suami bagaikan pelakon, kamu adalah penontonnnya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya


Justeru itu...Wahai Suami & isteri ingatlah:Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

No comments:

Post a Comment